<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/10498572?origin\x3dhttp://kakmokgerek.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
my adorable bear
Monday, May 29, 2006

Jokes Melayu. HAHAHAHAHAHA!!!


meh hiburkan hati ngan joke nih...
mekaseh icha 4 d email... senyum sorang2 aku depan pc... huhuuu......


Satu datuk tambah satu datuk tambah lagi satu datuk jawapannya berapa? Tentulah tiga. Tetapi kalau 3 datuk tolak satu nenek berapa?
Jawapannya tentulah nenek itu jatuh.


Satu pagi di stesen keretapi, ada satu makcik tu dia tanya petugas kaunter...
Makcik: "Anak, keretapi sampai jam berapa??"
Petugas kaunter: "Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana?.."
Makcik: "Makcik nak melintas aja."


Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi...kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dlmnya. Dgn kehairanan Bidin bertanya kpd Wafdi...
Bidin: "Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?"
Wafdi: "Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia.."


Suami isteri bertengkar. Tiba-tiba isteri terus kemas beg.
Suami: "Kenapa?"
Isteri: "Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!" Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg.
Suami: "Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini. Saya ikut sama, boleh?!"


Seorang pemburu bertembung dgn seekor singa.Terperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya.Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: "Ah leganya........singa baik rupanya. Selamatlah aku."
Singa: "Ya.......singa yang baik selalu baca doa sebelum makan.

:D

whispering at...10:41 AM

khas buat mu